YANG
AMAT DIHORMATI DATO’ PADUKA AMMAR BIN DATO’ SHAIKH MAHMOOD NAIM,
DPSS.,DSDK.,JSD.,SSS.,AMK.,AMN.,BCK
SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN
MERANGKAP PENASIHAT PUSPANITA CAWANGAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh,
Salam
Sejahtera. Alhamdulillah dan syukur saya Kehadrat Allah SWT dengan
izinNya saya di berikan kesempatan merakamkan ucapan sepatah dua kata di
dalam laman ini. Sesungguhnya peranan dan penglibatan suri dan pegawai
wanita yang menjadi ahli PUSPANITA amat di hargai, kerana melalui
sumbangan bakti yang di hulurkan secara sukarela kepada ahli dan
masyarakat khususnya sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban
mereka yang memerlukan. Sejak dari awal penubuhan, sumbangan yang
mereka hulurkan baik di dalam bentuk wang ringgit dan keringat bakti
mereka tidak dapat di balas dengan wang ringgit dan usaha mereka itu
akan sentiasa di kenang sepanjang hayat. Saya sentiasa mendoakan agar
semua program yang akan dilaksanakan akan mendapat manfaat kepada semua
dan sumbangan yang di hulurkan secara sukarela akan sentiasa berterusan
demi kesejahteraan negeri.
Inisiatif
PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah membangunkan sebuah laman web ini di
lihat sebagai salah satu langkah positif ke arah mendekati masyarakat ,
harapan saya laman ini akan dapat di manfaatkan sepenuhnya oleh semua
ahli yang berada di seluruh pelusuk negeri, yang terdiri dari gabungan
ahli seumur hidup, pegawai dan kakitangan wanita, serta isteri-isteri
pegawai yang sedang berkhidmat. Saya juga berharap, melalui laman ini,
segala informasi, aktiviti dan maklumat terkini akan dapat disebarkan
dan di kongsi secara bersama demi kepentingan semua, di mana ia juga di
harapkan akan menjadi penghubung secara maya antara sesama ahli. Akhir
kata , saya mendoakan agar semua ahli akan terus bertekad dan komited di
dalam menjalankan aktiviti di samping memastikan tanggung jawab kita
sebagai penjawat awam akan terus di laksanakan demi pembangunan dan
kemakmuran negeri yang kita sayangi.
PERUTUSAN YBHG DATIN PADUKA PENGERUSI PUSPANITA NEGERI KEDAH
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Terlebih
dahulu saya ingin mengucapkan syukur kerana dengan limpah dan kurniaNya
dapat saya merakamkan sepatah dua kata di dalam ruangan ini.
Saya
amat berharap dengan adanya laman web ini, lebih banyak maklumat serta
informasi yang terkini akan dapat disebarkan dengan segera untuk menarik
perhatian ahli PUSPANITA serta dapat di manfaatkan sepenuhnya oleh
semua pihak.
Sehubungan
dengan itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang telah berusaha dan
bekerjasama, terutamanya Jawatankuasa Biro Pembangunan ICT yang telah
berusaha membangunkan laman ini.
Saya
juga ingin menyeru kepada seluruh ahli gabungan yang berada di seluruh
daerah untuk sentiasa berganding bahu dan bekerjasama erat di dalam
melaksanakan aktiviti di peringkat daerah dan negeri , selaras dengan
slogan “ Wanita Sepakat, Negara Meningkat”. Kerjasama strategik yang
bakal laksanakan juga perlu mengambil kira impak kepada ahli serta
masyarakat bagi memastikan apa yang kita hulurkan dapat memberikan
manfaat kepada penerima.
Akhir
kata, saya sentiasa mendoakan agar hubungan silaturrahim di antara kita
dapat di eratkan melalui peranan kita sebagai ahli PUSPANITA dan juga
melalui program-program serta aktiviti yang di laksanakan dan kita semua
akan terus komited di dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dan
peranan kita sebagai ahli , anggota masyarakat dan juga sebagai penjawat
awam, demi melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing serta mampu
mengharungi cabaran di masa akan datang.
No comments:
New comments are not allowed.